✨ Belajar Cara Pembuatan Pie Quiche✨
Nak hidangkan sesuatu yang special dan lain daripada kebiasaan? Pie Quiche adalah pilihan yang sangat sesuai, sama ada untuk juadah berbuka puasa, moreh atau raya nanti bersama keluarga dan rakan-rakan! 🥧🌙
PENCARIAN COOKING STAR - NADI MAHIR MASAK 👨🏻🍳🍞🍪🍔☕🍹👩🏻🍳
NADI Mahir akan mengajurkan satu pertandingan masak yang akan dipertandingkan di peringkat Negeri dan seterusnya di bawa ke peringkat NADI Annual Conference.
Oleh yang demikian, kami ingin memohon petugas untuk mencalonkan 1 peserta mewakili NADI anda. 1 penyertaan untuk 1 NADI.
Penghantaran borang penyertaan : 11 Mac - 10 April 2025
Kursus NADI MAHIR MASAK ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman. Masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan, resipi masakan barat dan nyonya. Kursus ini turut melatih bahagian penyediaan dan pembuatan roti dan pastri dan minuman minuman cafe.
Pelajari teknik mudah serta rahsia istimewa untuk menghasilkan kek Tiramisu yang lembut, berkrim, dan memikat! Sesuai untuk perniagaan mahupun hidangan istimewa keluarga tercinta, setiap gigitan pasti meninggalkan kenangan manis.
Alami sendiri keunikan warisan kulinari yang kaya dengan sejarah serta cita rasa yang memikat! Dalam kursus ini, anda akan belajar menyediakan hidangan autentik Baba Nyonya.