SUNTINGAN GAMBAR (VSCO FILTER)
MAHIR Foto

Kursus khas ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang padat dan praktikal kepada peserta tentang teknik menyunting gambar menggunakan aplikasi VSCO . Kelas ini sesuai untuk anda yang ingin memperbaiki kualiti kandungan visual, terutamanya untuk media sosial dan pemasaran. Peserta akan dibimbing secara langkah demi langkah oleh tenaga pengajar berpengalaman dari memilih penuras (filter) yang sesuai, hinggalah kepada penghasilan gambar yang lebih menarik dan estetik.

TIPS UNTUK CONTENT CREATOR
MAHIR Foto

Jom sertai Kelas Mahir Short Learning Series bersama Fahmi Samsudin atau lebih dikenali sebagai En Pamey, seorang Pensyarah Diploma Fotografi UiTM Lendu, Melaka dan juga Content Creator yang berpengalaman.

Dalam sesi ini, beliau akan berkongsi topik “Sustainable Content Making”, merangkumi tips berguna dan strategi efektif untuk membantu para content creator menghasilkan video yang berkualiti, konsisten dan tahan lama dalam dunia maya.

BAWAKU KE SINI
MAHIR Foto

Nak tunjuk bakat videografi korang guna telefon je? 🎥📱 Jom join Mobile Videography Competition 2025: Bawaku Ke Sini!

Kali ni, kita nak korang explore dan kongsikan hidden gems Malaysia — tak kisah la pasal tempat pelancongan, makanan sedap, atau sejarah yang orang jarang tahu. Asalkan kreatif dan boleh buat orang rasa, “Wow, bestnya tempat ni!”

📅 Jangan lupa, tarikh tutup penyertaan: 27 April 2025.

Ayuh tunjuk bakat & bawa penonton “ke sana” dengan phone/kamera korang sendiri! 🔥

MAHIR FOTO KURSUS PENUH PENGAMBILAN #1
MAHIR Foto

Kursus ini menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.