Kursus khas ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang padat dan praktikal kepada peserta tentang teknik menyunting gambar menggunakan aplikasi VSCO . Kelas ini sesuai untuk anda yang ingin memperbaiki kualiti kandungan visual, terutamanya untuk media sosial dan pemasaran. Peserta akan dibimbing secara langkah demi langkah oleh tenaga pengajar berpengalaman dari memilih penuras (filter) yang sesuai, hinggalah kepada penghasilan gambar yang lebih menarik dan estetik.
Jom sertai Kelas Mahir Short Learning Series bersama Fahmi Samsudin atau lebih dikenali sebagai En Pamey, seorang Pensyarah Diploma Fotografi UiTM Lendu, Melaka dan juga Content Creator yang berpengalaman.
Dalam sesi ini, beliau akan berkongsi topik “Sustainable Content Making”, merangkumi tips berguna dan strategi efektif untuk membantu para content creator menghasilkan video yang berkualiti, konsisten dan tahan lama dalam dunia maya.